Wednesday, August 10, 2011

Kadar Zakat Fitrah 2011/1432H Mengikut Negeri² di Malaysia


Berikut adalah kadar pembayaran Zakat Fitrah bagi tahun 2011/1432H mengikut negeri² di Malaysia. Pembayaran Zakat Fitrah boleh dibuat sama ada dalam bentuk wang tunai ataupun dengan beras (sama nilai) mulai 1 Ramadan sehingga sebelum Sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri sama ada melalui amil² yang dilantik ataupun di kaunter² bayaran zakat yang disediakan.


Pengeluaran Zakat adalah Rukun Islam ke Empat yang wajib ditunaikan selepas berpuasa di Bulan Ramadhan. Barang sesiapa yakni Muslim yang tidak mengeluarkan zakat, maka tidak sempurna Rukun Islam seseorang itu.

Dari surah At-Taubah (09), ayat 103:

“Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu(Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”


Ibnu Umar meriwayatkan:

“Rasulullah SAW mewajibkan zakat fitrah di bulan Ramadan kepada setiap orang muslim, sama ada dia merdeka atau hamba, lelaki mahu pun perempuan. Iaitu (jumlahnya) segantang kurma atau gandum.” (Hadis Riwayat Imam Muslim, no. 935, Jilid 2, halaman 169)


Kadar Zakat Fitrah 2011/1432H

Negeri

Kadar Zakat Fitrah 2011 (RM)

Perlis

6.00

Kedah

7.00

Pulau Pinang

7.30

Perak

7.00

Selangor

7.00

Negeri Sembilan

6.50

Melaka

6.30

7.00 / 5.00

6.50

Pahang

7.30

Terengganu

6.00 / 7.00 / 8.00*

Kelantan

7.60

Sarawak

6.20

Sabah

7.70

Wilayah Persekutuan

7.00



Waktu mengeluarkan Zakat Fitrah bagi Bulan Ramadhan terbahagi kepada 5:

Wajib: Apabila terbenamnya matahari pada akhir 30 Ramadhan sehingga terbit matahari keesokan harinya. Paling afdhal: Sebelum menunaikan Solat Sunat Hari Raya. Sunat: Dari 1 hingga 30 Ramadhan. Makruh: Selepas selesai menunaikan Solat Sunat Hari Raya sehingga terbenamnya matahari pada 1 Syawal. Haram: Selepas terbenamnya matahari 1 Syawal.



Niat Zakat Fitrah

“ Wang sebanyak $ _____ ini sebagai menunaikan zakat fitrah, yang wajib ke atas diri/keluarga saya untuk tahun berakhir _____ tunai kerana Allah Ta'ala. ”


Sumber Rujukan: Kadar Zakat Fitrah 2011/1432H Mengikut Negeri² di Malaysia | Anastasyea Aida | Blogging is a Smart SEO Strategy

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KANDUNGAN BERITA BK5