Sunday, April 21, 2013
UNDILAH DATUK TAWFIQ, UNDILAH BARISAN NASIONAL
Datuk Tawfiq DSP Abu Bakar Titingan adalah penyandang Wakil Rakyat Dewan Undangan Negeri DUN N.56 Apas, Tawau semenjak tahun 2008 yang lalu merupakan salah seorang pemimpin transformasi yang disenangi dan amat popular di kalangan rakyat kerana sikapnya yang peramah, mudah mesra dan sentiasa prihatin terhadap permasalahan rakyat akar umbi di kawasannya. Beliau telah menjadikan hari Jumaat sebagai hari pertemuan bersama rakyat Bahagian Tawau.
Beliau telah diberi kepercayaan penuh oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman untuk memegang jawatan Pembantu Menteri Kewangan, yang dianggap salah satu portfolio penting dalam kerajaan Negeri Sabah. Beliau merupakan anak ke 10 dari 14 adik beradik. Ayahnya, Datuk Haji Abu Bakar Titingan adalah seorang tokoh politik terkemuka dan sangat berpengaruh di Pantai Timur Sabah manakala ibunya, Kee Hafsah Kee Abdullah datang dari keluarga yang terkenal di daerah Tawau.
Datuk Tawfiq dilahirkan pada 2 Oktober 1962. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Tawau dan kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah St Patrick Tawau. Beliau kemudian berangkat ke United Kingdom untuk meneruskan pengajian sehingga lulus dalam bidang Kejuruteraan Kimia (Bsc Chemical Engineering) di University Glamorgan Wales.
Sekembalinya dari seberang laut, Datuk Tawfiq sempat menceburi bidang perniagaan kecil-kecilan. Beliau menjual buku-buku terpakai di bandar Tawau, sebelah menyebelah dengan gerai sotong dan gerai kuih muih untuk mengisi masa sebelum mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelayakannya sebagai lulusan dalam bidang kejuruteraan.
Selepas itu, beliau bekerja sebagai Jurutera Proses di Sabah Gas Industries pada tahun 1987 di Loji HBI di Labuan dan kemudian berpindah bertugas dengan Sarawak Shell Berhad di Miri, Sarawak. Kemudian beliau meletakkan jawatan dan kembali ke Tawau untuk menceburi bidang perniagaan pada tahun 1992. Pada masa yang sama beliau bergiat dalam kegiatan berpersatuan dan aktif dalam Persatuan SANYA, Persatuan Kebangsaan Melayu Tawau (PKMT), SAFA Daerah Tawau dan sebagainya.
Pada tahun 1995, beliau menyertai UMNO, parti politik pertama yang disertainya dan menjadi Ketua Pemuda UMNO Tawau pada tahun 1998. Pada tahun 2000 hingga 2003, beliau dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri. Selepas persempadan semula, Datuk Tawfiq dilantik sebagai Ketua Penaja UMNO Tawau pada tahun 2004.
Kemudian dalam pilihanraya 2004, beliau dipilih sebagai calon Barisan Nasional DUN Apas, dan menang tanpa ditandingi dalam pilihanraya itu. Seterusnya beliau dilantik sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar. Selepas pilihanraya 2008, beliau yang menang dengan cemerlang, dilantik pula sebagai Pembantu Menteri Kewangan Sabah. Datuk Tawfiq mendirikan rumah tangga dengan Datin Rahmah Sayed Ali dan dikurniakan empat orang anak.
Kami bersyukur mempunyai penimpin seperti Datuk Tawfiq yang mesra rakyat.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Anwar Ibrahim adalah seorang yang GAGAL : GAGAL sebagai seorang suami, GAGAL sebagai seorang bapa, GAGAL sebagai seorang bangsa Melay...
-
KOLEKSI PANTUN HARI RAYA AIDILFITIRI Kad ucapan penganti diri, Semoga berb...
-
Pada tahun 1998,seorang sarjana kelahiran British telah menerbitkan kajiannya yang berjudul Eden in the East: The Drowned Continent of Sou...
-
MALAM LAILATUL QADAR 23 RAMADHAN Semalam sungguh tenang dan pagi ini hujan turun di Tawau. Cuaca sekarang pun kira ok. Matahari sepert...
-
Kalaulah rumah ini dimiliki oleh pemimpin UMNO, saya rasa sudah pasti akan menjadi isu besar. Juak-juak dan pencacai PKR dan PAS tidak ak...
-
Marilah kita umat Islam merenung sejenak 40 hadis yang menerangkan tentang akhir zaman. Mudah-mudahan kita mendapat kebaikan didunia dan di...
-
Pengalaman Hidup Seorang Paderi dari Kristian ke Islam Temuramah ekslusif bersama Ustaz Tajuddin OthmanAbdullah, bekas Paderi Besar Gerej...
-
Gambar wardina pengacara MHI di TV3 tidak bertudung telah tersebar dibeberapa laman blog baru-baru ni. Wardina juga memberi amaran keras ke...
-
Ramai yang melihat bahawa trak-trak tentera mula masuk ke pusat bandaraya. Pada masa yang sama,dikhabarkan para peniaga Melayu di Jalan M...

make animated gifs like this at MakeAGif
.jpg)

