Posts

Showing posts from 2020

KABINET KETAM / CAST-IRON PLANE CABINET

Image
Hi guys, tidak lengkap rasanya kalau ketam cast iron ni diletak merata-rata. Harga mahal beb…kenalah simpan dalam rak kabinet khas. Ada kengkawan yang simpan dalam peti kayu bukan pa selamat la sikit dari terkena karat dan selamat jugalah dari tangan-tangan ghaib. Apapun kena ikut bajet jugalah... hehe Bajet kecik guys, bajet kasih sayang .... so susah sikitlah nak mimpi buat yang boleh buat gempaq... Aku guna sisa kayu murah dan stok lebihan plywood kira On la projek ni...  Setelah membuat beberapa rujukan aku buat keputusan condong memilih western style. Alang-alang dah order ketam dari England kita ikut sajalah style dorang buat kabinet ketam ni.Ahakkksss.... Kalau korang nak buat macam aku buat bolehlah korang rujuk pada youtube dan tiru bentuk kabinet   yang kita perlukan dan boleh belajar cara membuat kabinet tersebut dari A sampai Z. Jom ini link dia.  klik sini untuk menonton dan cari ilmu. Aku pilih yang simple dan mudah untuk membuatn...

ANATOMI KETAM CAST-IRON

Image
Hi guys, tak kenal maka tak cinta. Alang-alang aku telah memiliki ketam cast iron made in British ni so aku kena ambil hal berkaitan anatomi dia. So aku pun mulalah senter dan google sana sini imej yang ada tersangkut nama-nama khas yang melekat pada ketam cast iron ni.  Inilah yang dipanggil ilmu nama yang standard dan universal. Kalau nak buat rujukan kepada kawan-kawan senior ka, kawan omputeh ka atau sapa-sapa ka pun taklah rasa kekok dan menyusahkan orang. Betul ka guys?  Selamat mengenal.   Nota kaki : Definisi Anatomi :  (ilmu ttg) struktur fizikal manusia, binatang atau tumbuh-tumbuhan

AKU PILIH KETAM BRITISH JENAMA FAITHFULL

Image
Hi guys, aku kira beginner woodworker masa beli wood plane ni dan aku kena consider beberapa perkara dari sudut harga dan kualiti. Dari segi harga aku lebih suka beli yang mampu milik namun masih dalam lingkungan garis kualiti yang baik. Aku memilih untuk menggunakan western plane jenis iron kerana ianya lebih berat dan mudah untuk digunakan.  Aku memutuskan untuk membeli mengikut set yang mempunyai cara kerja yang tersendiri. Setelah membuat pertimbangan dan berpuashati dengan maklumat description yang tercatat dalam maklumat barangan maka aku pun order dari ebay. Aku memilih  Faithfull  No. 3 Finishing Plane, No.4 Smoothing Plane, No.6 Fore Plan, No.7 Jointer Plane dan No.5 Irwin Record. Kemudian menambah beli  Faithfull 60 1/2 Block plane 13.5°.  Aku rasa tanpa batu gosok (kata orang Tawau) dan batu asah (kata orang Malaya) memang tak acilah bab beli ketam ni. Bajet perlu dinaikkan sikit agar menepati citarasa sederhana seorang tukang kayu part time.d...