Sunday, June 21, 2020

KABINET KETAM / CAST-IRON PLANE CABINET




Hi guys, tidak lengkap rasanya kalau ketam cast iron ni diletak merata-rata. Harga mahal beb…kenalah simpan dalam rak kabinet khas. Ada kengkawan yang simpan dalam peti kayu bukan pa selamat la sikit dari terkena karat dan selamat jugalah dari tangan-tangan ghaib. Apapun kena ikut bajet jugalah... hehe

Bajet kecik guys, bajet kasih sayang .... so susah sikitlah nak mimpi buat yang boleh buat gempaq... Aku guna sisa kayu murah dan stok lebihan plywood kira On la projek ni...  Setelah membuat beberapa rujukan aku buat keputusan condong memilih western style. Alang-alang dah order ketam dari England kita ikut sajalah style dorang buat kabinet ketam ni.Ahakkksss....

Kalau korang nak buat macam aku buat bolehlah korang rujuk pada youtube dan tiru bentuk kabinet  yang kita perlukan dan boleh belajar cara membuat kabinet tersebut dari A sampai Z. Jom ini link dia. klik sini untuk menonton dan cari ilmu.

Aku pilih yang simple dan mudah untuk membuatnya dan tidak mengambil masa berminggu. Biasalah bro... banyak tu projek yang masih gantung tatau bila nak selesaikan. Tapi mood aku lebih bergelora kencang untuk cepat siapkan kabinet ni.

Nah akhirnya selesai juga dan termakbullah impian yang sederhana ini hahah...At last but not least Kabinet ini aku gantung dengat wall bersebelahan dengan tools dan gauge supaya lebih mudah masa buat pilihan ketam. Lagipun bilik kerja aku sempit dan pergerakan terhad. Tak aper la yang penting masih boleh buat kerja kayu.




Thursday, June 18, 2020

ANATOMI KETAM CAST-IRON




Hi guys, tak kenal maka tak cinta. Alang-alang aku telah memiliki ketam cast iron made in British ni so aku kena ambil hal berkaitan anatomi dia. So aku pun mulalah senter dan google sana sini imej yang ada tersangkut nama-nama khas yang melekat pada ketam cast iron ni. 


Inilah yang dipanggil ilmu nama yang standard dan universal. Kalau nak buat rujukan kepada kawan-kawan senior ka, kawan omputeh ka atau sapa-sapa ka pun taklah rasa kekok dan menyusahkan orang. Betul ka guys? 





Selamat mengenal. 

Nota kaki : Definisi Anatomi : (ilmu ttg) struktur fizikal manusia, binatang atau tumbuh-tumbuhan



Wednesday, June 17, 2020

AKU PILIH KETAM BRITISH JENAMA FAITHFULL

Hi guys, aku kira beginner woodworker masa beli wood plane ni dan aku kena consider beberapa perkara dari sudut harga dan kualiti. Dari segi harga aku lebih suka beli yang mampu milik namun masih dalam lingkungan garis kualiti yang baik. Aku memilih untuk menggunakan western plane jenis iron kerana ianya lebih berat dan mudah untuk digunakan. 

Aku memutuskan untuk membeli mengikut set yang mempunyai cara kerja yang tersendiri. Setelah membuat pertimbangan dan berpuashati dengan maklumat description yang tercatat dalam maklumat barangan maka aku pun order dari ebay. Aku memilih Faithfull  No. 3 Finishing Plane, No.4 Smoothing Plane, No.6 Fore Plan, No.7 Jointer Plane dan No.5 Irwin Record. Kemudian menambah beli Faithfull 60 1/2 Block plane 13.5°.  Aku rasa tanpa batu gosok (kata orang Tawau) dan batu asah (kata orang Malaya) memang tak acilah bab beli ketam ni. Bajet perlu dinaikkan sikit agar menepati citarasa sederhana seorang tukang kayu part time.dan at last but not least aku top-up belian Faithfull Double Sided Diamond Sharpening Stone + Pocket. Klik disini

Pada mulanya tidak semua order aku berjaya kerana ada agen penjual yang tidak mahu mengirim ke alamatku di Malaysia kerana ia berkaitan dengan peraturan pihak Kastam. Namun aku tidak semudah itu untuk berputus asa dan terus mencari jenis ketam yang sudah diset sehingga tekanan keyboard yang terakhir. Setelah melalui beberapa perundingan , akhirnya aku berjaya jumpa agen penjual yang bersedia menghantar jualan ketam besi mereka ke Malaysia tapi dengan kadar kos yang mahal. Aku tak kisah guys... yang penting harga barang setelah dicampur harga kos penghantaran masih dalam radar bajek awal...ok Laitu.

Nampak gaya, aku memang berjaya oder semua  barangan yang aku inginkan dan hanya menunggu tanggal main ketibaan barang aku. Gatal tangan aku untuk ketam kayu buat julung-julung kalinya semakin membara dan mula mencari rujukan-rujukan di Youtube  Klik disini

Selepas 3 minggu aku dimaklumkan semua barangan aku sangkut di kastam Kuala Lumpur. Inilah saat yang paling merimaskan dan aku hanya dapat bertawakkal semoga barang aku dapat dilepaskan kerana itu hanyalah ketam besi dan bukanlah barangan yang merbahaya tapi tetap akur dengan apa saja keadaan yang dihadapi.

Finally semua barangan aku telah selamat sampai ke alamat aku dalam ebay. Alhamdulillah syukur aku kepada Tuhan Yang Maha Kuasa.