Aku memutuskan untuk membeli mengikut set yang mempunyai cara kerja yang tersendiri. Setelah membuat pertimbangan dan berpuashati dengan maklumat description yang tercatat dalam maklumat barangan maka aku pun order dari ebay. Aku memilih Faithfull No. 3 Finishing Plane, No.4 Smoothing Plane, No.6 Fore Plan, No.7 Jointer Plane dan No.5 Irwin Record. Kemudian menambah beli Faithfull 60 1/2 Block plane 13.5°. Aku rasa tanpa batu gosok (kata orang Tawau) dan batu asah (kata orang Malaya) memang tak acilah bab beli ketam ni. Bajet perlu dinaikkan sikit agar menepati citarasa sederhana seorang tukang kayu part time.dan at last but not least aku top-up belian Faithfull Double Sided Diamond Sharpening Stone + Pocket. Klik disini
Pada mulanya tidak semua order aku berjaya kerana ada agen penjual yang tidak mahu mengirim ke alamatku di Malaysia kerana ia berkaitan dengan peraturan pihak Kastam. Namun aku tidak semudah itu untuk berputus asa dan terus mencari jenis ketam yang sudah diset sehingga tekanan keyboard yang terakhir. Setelah melalui beberapa perundingan , akhirnya aku berjaya jumpa agen penjual yang bersedia menghantar jualan ketam besi mereka ke Malaysia tapi dengan kadar kos yang mahal. Aku tak kisah guys... yang penting harga barang setelah dicampur harga kos penghantaran masih dalam radar bajek awal...ok Laitu.
Nampak gaya, aku memang berjaya oder semua barangan yang aku inginkan dan hanya menunggu tanggal main ketibaan barang aku. Gatal tangan aku untuk ketam kayu buat julung-julung kalinya semakin membara dan mula mencari rujukan-rujukan di Youtube Klik disini
Selepas 3 minggu aku dimaklumkan semua barangan aku sangkut di kastam Kuala Lumpur. Inilah saat yang paling merimaskan dan aku hanya dapat bertawakkal semoga barang aku dapat dilepaskan kerana itu hanyalah ketam besi dan bukanlah barangan yang merbahaya tapi tetap akur dengan apa saja keadaan yang dihadapi.
Finally semua barangan aku telah selamat sampai ke alamat aku dalam ebay. Alhamdulillah syukur aku kepada Tuhan Yang Maha Kuasa.
No comments:
Post a Comment